Tuesday, February 9, 2010

Vincci punya pasal!




kemarin aku buat salah lagi pada diriku sendiri. sebabnya aku tidak dapat menahan nafsu ku untuk membeli kasut yang tengah SALE! Arggghhhhh! tolong salahkan VINCCI!! biarpun di saat2 aku setengah pokai (dak la pokai betul, tapi hampir2 pokai lah), tarikan kasut merah hitam tu begitu kuat sampai dak lagi fikir dua tiga kali lagi mau masuk kedai tu. adoi! Don’t blame me bah! memang beginilah hakikatnya naluri seorang perempuan yang gila shopping.


kasut tu ada dua kaler. merah+hitam and biru+hitam. aku memang prefer merah hitam sebab kaler nya hidup dan menyerlah compared to biru hitam. tapi macam mau 167 kali aku try sebab merah hitam tu last stock and just ada saiz 6. my size definitely either 6 or 7 but incase kalau beli di Vincci, memang kadang not necessary ngam saiz 6 or 7. kadang 5 pun boleh muat. so dalam kejadian kemarin ni, merah hitam tu aku rasa longgar sikit biarpun saiznya 6. mau minta 5 pun sudah habis. as for yang biru hitam, saiz 5 ada pulak. Dohhh!!! maka terjadilah keadaan di mana aku susah untuk membuat pilihan. Merah? Biru? Merah? Biru? argghhh!! at last, aku capai phone, called hubby asking what color should I take. dengan pantasnya dan tanpa banyak tanya, papa suruh ambil merah hitam. nah, sudah. hantam lah. aku terus ambil kasut tu and bayar.








*this time aku dak ambil wedges sebab sudah terlalu lah banyak koleksi wedges ku. terasa mau ambil palm shoe pulak. antara sebab lain actually aku mau menutup kuku ku yg masih belum tumbuh ni. erkkk!! (alamak, pecah rahsia)…



*Sweater hijau encik mohd izwan hanya sekadar hiasan. Bukan free gift kasut ya. Hehe.









Cerita lain. papa tengah sakit. demam and sorethroat. this morning i called him. tu pun after ibu mertuaku sms aku yang anak dia sorang ni malas mau makan ubat. hah. itu lah dia mohd. Izwan♥. manusia yang susah mau telan ubat. adeh, napa la dia boleh kawen sama aku yang hari2 mengendalikan ubat ubatan ni. hohoho. tapi senang ja mau buat dia supaya telan ubat tu. cakap ja macam ni “kalau tak makan ubat tak sayang mama la tu”. nah, konfem kalau cakap macam tu, dia mesti akan makan. gagaga. jahatnya aku gertak papa. ngee.. aih, untuk kebaikan dia jugak ba. ok. out. cerita habis. tiada idea. daaa….



Sunday, January 24, 2010

.akumainhantam.




Sunday. baru balik kerja and baru sahaja aku menjamah nasi goreng kampong macik roti jala. gagagaga. kalau korang baca ni mesti cakap aku merepek kan. ‘macik roti jala’? tu merupakan salah satu gelaran yang dianugerahkan oleh kami empat orang (aku, ryna, fad, zehan) untuk macik2 yang berniaga di warung depan rumah kami ni. senang la sikit mau mengenal pastikan. sebab ramai macik2 yang bukak warung depan rumah kami ni. macik tu dikasi nama macik roti jala sebab roti jala yang pemes di warungnya. macik yang lain kami kasi nama ‘macik manis’ sebab macik tu kalau masak, ya ampun! boleh kencing manis woah! dushh! ~palis2~. tersangat lah manis masakannya macam suka hati dia lah mau letak berapa banyak gula dalam tu. since dari first time kami beli di situ, mesti pesanan ni lah yang macik tu dapat “macik, tak yah bubuh gula noh”. macik tu senyum ja tanda dia sudah paham. Haaa.. tu baru macik nombor dua. macik yang ketiga kami kasi nama ‘macik ramai anak’. ahahhah. bertuah sungguh kami kan pandai2 kasi nama macam tu kat macik tu. yang ni konpem la korang tau sebab dari gelaran tu pun sudah boleh agak. macik ni memang ramai anak. yang menambahkan kehebatan macik ni, macam semua anak dia berkampung di warung tu. memang boleh agak la semua2 tu anak dia sebab muka memang sebijik. sorang tu buat air, yang lagi sorang ambil order. sorang lagi cuci pinggan. sampai konpius kami dibuatnya. Hek.


Okay, cukup di situ cerita pasal macik2. masa balik tadi, time buka pintu kami macam mau tergelak tengok satu kertas putih besar yang dilekat dinding di ruang tamu. actually bukan lagi mau tergelak, memang sudah gelak pun. kah kah kah kah! Haa..yang aku ingat macam tu la aku gelak tadi (memory kuat nih). kertas tu bertulis PLZ DON’T USE GATE PAD LOCK!!! V ARE NOT SATISFIED WITH LOCK THE GATE!!! FRM STUDENT NURSE. kalau korang ada baca entry ku yang before ni mesti sudah tau cerita pasal budak2 kurang ajar yang tulis nota ni. padan muka kau! sapa suruh dak ikut peraturan rumah. buang sampah dalam rumah merata2. boleh pulak buang atas lantai. aihh! cousin aku yang umur 3 tahun pun pandai buang sampah dalam tong sampah, tanpa disuruh lagi. memang logik tahap dewa la korang. kalau keluar rumah pun main blah ja biarkan pintu rumah and gate terbuka. ni kali aku kunci pad lock pagar sebab dorang dak da kunci tu. dorang panas sebab dorang tepaksa lompat pagar dawai di luar tu untuk masuk. twing! twing! jadi kijang lah kamu sekejap ya.
wooo wooo. bangga bangga! cis, pidahh!







ini sangat kelakar okay! (sempat lagi tu ambil gambar)




Oh Mohd Izwan, aku sangat rindu padamu! –IKLAN TIDAK BERBAYAR-




petang tadi kol papa. papa di kedai kak uda, menyibukkan diri sambil online. kali ni aku yang padan muka sebab aku yang kena marah oleh papa. semua pasal DIET! eiii diet, ni semua kau punya pasal la! (aku merapu lagi) dah kena marah tu dah la. mau lagi salah kan benda lain si ara ni. ish ish ish. actually papa bukannya marah apa pun. aku tau dia risaukan kesihatanku sebab sudah dua minggu lebih aku tiada sentuh nasi. alahai, konon2 mau diet lah. tapi berhasil jugak sebab dalam dua minggu ni aku berjaya kurangkan 1kg. okay la ba tu kan (okay, aku bangga kejap). “sudah2 la tu sayang. jangan la tak makan. mama tu kerja, perlukan banyak tenaga. biar gemuk macam G***H, papa tetap sayang mama.” ceh, tetap jugak tu keluar lima huruf tu.





dalam aku diet2 ni, kenapa lah ada nafsu teringin mau makan ‘epal besar’ nih! arghhh!


Monday, January 18, 2010











Okay, gambar di atas adalah untuk tatapan umum. boleh jadi special kes sebab maybe boleh jadi seumur hidup sekali aku pose macam ni. di published lagi tu. adesss! bukan pasal ambil dari jarak dekat ka apa. cuma saja mau diZOOM kan taik lalat baru ku yang tidak diundang ketumbuhannya! dalam erti kata lain yang lebih sopan, JERAWAT TUMBUH!!! actually, bukan lah problem besar sama aku untuk ditumbuhi jerawat, cuma jerawat ni betul2 menguji jiwa dan raga weh! sakit nya adoyai! nampak jak kecik cekenit gitu, (eh, adaka jugak bahasa ‘kecik cekenit’. aku ni tau bantai bahasa jak!) tapi sakitnya bukan main!


wokay. suda2 la tu ya pasal jerawat. don’t worry sebab mr. T3 mycin ada. (pimple gel yang aku guna since last year). memang berkesan dan efektif. so sapa2 yang memang tidak sukakan kehadiran si penghancur kulit muka tu, boleh la try produk ni. depends pada kulit jugak, tapi rasanya berkesan la jugak untuk si jerawat hilang sebab tengok some member ku yang pakai produk ni dan hasilnya…taraaaaa! murah pun murah, rm 23 jak satu kotak. didatangkan dalam dua formulation, gel dan lotion. dan boleh didapati di Guardian. tempat lain aku dak tau sebab di situ jak aku selalu beli. So, selamat mencuba la ya!


pagi tadi aku bekpes ‘Pappa roti’. weeee! konon2 excited la sebab suda lama gila aku dak makan roti ni. tipu. actually dak la jugak lama betul. suspend jak tu. ada la dalam sebulan yang lalu last aku makan. di BP time date ngan papa. mau tau? time praktikal di BP jugak la baru aku tau pasal Pappa roti ni. bukannya dak pernah makan before ni. tapi kalau di Sabah roti ni ada nama lain. kami panggil ‘roti Boy’. tu sebab masa kak Uda first2 introduce pasal roti ni dulu, aku jadi jakun kejap. wekk!










Sadap ooo minum sama hot neskepe 3in1 mild. jangan ketawa tengok gelas ku sebab obviously itu bukan gelas. tu Tupperware minuman. aku dak bawa gelas dari hostel. Ohhh! too bad ara.




then lunch tadi aku makan…roti lagi? xoxo. dak lama muka pun macam roti. bukan dak mau makan lain tapi perut rasa kenyang. maybe sebab Pappa roti di atas. at first, i thought i want to buy fruit slice di convenient shop tu. aku ambil suda one plastic of pear and one plastic of papaya. tapi sekali aku mau bayar, aunt cashier tu terus belek2 plastics tu. heran. napa jugak aunt ni? belum sempat aku buka mulut tanya, aunt tu dengan muka sedih + separuh bersalahnya cakap “amoi, ini buah bukan ini hari punya aaa”. gllllpppp..terus aku pun dengan muka kempunan, simpan balik fruits tu dalam ice box. grrr, bukan geli tapi mesti fruits tu suda hilang kefreshannya. (nah, ambek kau imbuhan ku!). kalau kefreshannya pun suda hilang, mesti vit. and segala khasiat di dalam nya pun hilang bukan?


after makaning at pentry, aku, ryna, zehan terus g cafe bawah jumpa fad. dia ganti puasa, that’s why dak ikut makan. macam biasa. berpesbuk and berchatting kejap la kami semua sementara tunggu masuk kerja balik pukul 1pm. dan seperti biasa jugak la, akan ada la shot2 kami yang menggila sampai orang sekeliling pun boleh gila tengok kami. Enjoy viewing ya :)




















bangun fad! makruh nanti puasa mu.




baru tadi, as usual gayut sama en. Mohd izwan. kesian papa penat kerja dari pagi. dia mau gayut lama tapi aku yang dak sampai hati mendengar suaranya yang macam baru lepas kena belasah. so, aku suruh dia tidur dulu. macam biasa dapat pesanan penaja “kejut papa pukul 7 ya sayang”. Wokay boss! ur wish is my command. erm, sebut2 pasal tidur ni, aku pun suda mula ngantuk. bye for now. see u in the next entry. Daa daa.

Ps: *aku rindu nenek. Bengkak2 mata nangis rindu dia :’( As well as babah, mummy, nabil and aiman too. Love kamu :)
*aku lapar. padan muka kau ara!













Saturday, January 16, 2010

^wanloveara^









i was alone at home. dorang semua keluar. i planned just to stay at home as i got nothing to buy bah. lagipun memang dak da mood mau bejalan. well, 1st day. xoxo. memang rasa loya2 and senggugut ni macam mau kasi mati jiwa ja. “biasa la tu pembawakan budak!” haha. itu la ayat si mohd izwan kalau gila nya suda datang. so, seperti biasa untuk menghilangkan kebosanan ku ini, si mohd izwan la mangsa pertama yang aku serang. aku tau papa sibuk download game and line lembap gila, tapi papa masih ada time untuk chating dengan cinta hatinya ni. tq a lot papa :)


mama: lembap nyer line ni!

papa: tau takpe sygku.

mama: arghhhhhh.

papa: ara tembam! ara tembam! ara tembam! Hehe, jgn marah ya syg.

mama: "tak marah la".ayat die. sayang sangat kt papa.

papa: “yer ehh??” ayat bini..

mama: suda makan?

papa: blum makan lagi sayang. geram tak kat papa?

mama: sangat geram! siap kau! haha.

papa: nak watpe kalau geram?

mama: gigit.

papa: kat mane?

mama: kepala. boleh? haha.

papa: bleh je tok bini papa ni. mama risau eh papa jalan2 ni?

mama: mesti risau syg.

papa: risau npe? takut ada org tackle eh?

mama: ye lah. risaulaaaaa..kot2 jumpe2 pmpn terus TERjatuh hati (ayat membunuh dari aku, hehe)

papa: aperlaaaa..bini papa ni dah terlalu menawan. tak perlu org lain...

................ (blur kejap)

papa: aduiii dah start hang.

mama: npe pa?

papa: llaaallaaaaa..lolollolol..lllllaaaaalllaaaaa...ooooooooooooooooooooooooo,.;;lllll;ll...





-Izwan is no longer online-

tittttttttttttttt….chat kami terhenti di situ. (actually dak) sebab aku terus ambil hp kol papa balik. hehe. sambung lagi gayut :D








Friday, January 15, 2010

.yesterday.

*macam biasa la, every Friday hang out ngan dorang. biar dak beli barang pun janji dapat keluar dari bekurung dalam rumah yang confirm boring sampai boleh mati. jangan pecaya, aku joking ja!*

*we went to Tesco yang baru bukak sebab fad & zehan mau withdraw $$$ and beli toiletries. kami makan kay ef si. lama dak telan peberet fud ku
COLESLAW!!!*



waiting for pacik taxi yg lambat dtg.


di mana2 tetap mau pose.



balik2 muka kami :p








oleh sebab dak da rapid kedah, taxi ni la jd pengangkutan awam kami. hee.

Thursday, January 14, 2010

1 AM! napa aku belum mengantuk ni wei! padahal dak jugak aku tidur petang tadi. kebiasaannya balik ja kerja pukul 5, mandi, asar, dush!! terus landing atas katil. ZZZZZZ. oww, sebut pasal petang tadi, baru teringat tadi aku sibuk melekat pesanan2 penaja di dinding dalam rumah ni. Antara pesanan2 nya:



-KINDLY SWITCH OFF LAMP/FAN AFTER USED.
-PLEASE MAKE SURE THE PIPE IS CLOSED TIDELY.
-ALWAYS KEEP THE INFRONT GRILL, BACK GRILL, SLIDING DOOR & GATE LOCKED.



Haha. Lucu kan. Macam buat pesanan untuk budak2! Haa. Ni bukan kes budak lagi. Yang macam emak budak pun ada. Actually, pesanan2 tu ditujukan khas buat housemates ku yang dak paham2 bahasa tu! geram ba. macam mau dibom! Bekali kali suda aku tegur, masih jugak degil buat macam rumahnya sendiri. Bukan aku ja yang geram. dorang ryna, zehan, ngan fad pun sama geram. biar, supaya dorang selalu ingat benda apa yang patut dibuat. dorang yang dak paham bahasa ni Indian girls, nursing. 4 orang. Huh, sorry to say lah. (nasib2 la kalau ada antara kamu baca post ni).



Ingat mau ambil gambar. actually lupa. mau ambil balik pun malas suda. Lagipun suda dilekat. di setiap ruang ada. malas laa. Lagipun dak sanggup aku keluar dengan dorang melalak lalak di luar tu. ~fuhh! Lantak!~



Tadi ibu mertuaku sms. Dia bilang rindu urutan ku. Sakit2 badannya. Cian mama. Pastu, kak uda pulak minta send balik address ku di sini sebab mau post tabir. eh, kejap! Tabir?? Haa. Ni mesti dak paham ni. LANGSIR bah! Tapi aku bilang dak payah lah sebab aku sama ryna suda adjust2 bilik kami. anyways, thanx kak uda.



Papa bought new lappie! horrayyy! Boleh la chat ni. Tapi kena tunggu ada broadband lah. Ih, geram ja satu hari ni sebab papa balik2 olok aku lappie ku yang paling berat di dunia sebab terhempap kaki pun boleh sampai tercabut kuku! Adoyai! ~tunduk kejap tengok kuku ku. Ah! masih jugak belum complete tumbuh kuku baru. Dak pa, masih sempat tumbuh before aku kawen. Kalau dak papa bilang hantaran kurang $1500 satu kuku. dua kuku $3000 la! Mati!~ Mentang2 lappie papa advance sikit dari aku punya. Memang mengada ngada cinta itu orang.



Besok cuti sampai ahad. means 3 hari la. yeah! Ima mau datang from alor setar. So, probably esok petang akan turun ke bandar untuk ambil dia di stesen bas. Kesian pulak kan dia naik teksi sendiri2. Wokay, gotta go. Mataku semakin layu. Lagipun mau kejutkan tuan besar esok pagi. Good morning and daa daa.

Tuesday, January 12, 2010


Mula2 couple:
Kalau si lelaki dak angkat kol si perempuan time busy, laju ja si lelaki kol balik bila dia free.
Suda lama2 couple:
Lelaki dak cakap benda ni pada perempuan, tp dalam hati perempuan mesti fikir lelaki akan cakap macam ni: ‘ah, dorang akan kol jugak tu sampai aku angkat’.


Mula2 couple:
Kalau gayut si lelaki sanggup pukul tiga empat pagi baru tidur. dak tidur langsung pun dak papa.
Suda lama2 couple:
Pukul 10 si lelaki suda landing atas katil, bagi alasan penat.


Mula2 couple:
Tiap kali mau keluar, si lelaki bagitau ke mana mau pergi. siap bagitau nama kedai lagi.
Suda lama2 couple:
1 jam suda si lelaki di suatu tempat tu, baru la si perempuan tau yang dia berada di situ. dalam perkataan lain, lambat inform la!


Mula2 couple:
Tiap2 hari si lelaki hantar “puisi2 cinta” atau senang cakap ayat2 jiwang la, dengan tujuan mau memuji si perempuan.
Suda lama2 couple:
Jangankan puisi2 cinta, tiga perkataan ni: ‘I LOVE U’ pun si lelaki susah mau taip untuk dihantar pada si perempuan.


Mula2 couple:
Ayat dalam mesej yang dihantar si lelaki bukan main lagi panjang.
Suda lama2 couple:
Si perempuan akan terima mesej macam ni dari si lelaki: ‘ok’, ‘erm, xla’, ‘watpe?’…pendek kan?


statement di atas bukan lah mau merendahkan or memalukan kaum adam, tapi ini lah dia kenyataan yang sering dihadapi kaum2 hawa dalam perhubungan dorang. Some more, benda ni bukan sekadar cakap2 kosong, sebaliknya boleh dikongsi bersama dan diharap yang bernama lelaki dapat memahami lebih apa yang diinginkan oleh perempuan.